Buat sahabat lama
ku ..
Sahabat yg dah
lama aku terpaksa lupakan .
Terasa sebak
dihati kerana tak mungkin aku boleh lupakan segala kenangan itu .
Semoga kamu
sentiasa berjaya tak kira didunia mahupun disana kelak .
Aku pernah
berharap yang kamu akan luahkan perkataan sebegini kepada kami semua .
Aku tak mahu
kehilangan semua kwn2 yg dulu pernah bersama aku, aku terlalu rindukan
kamu semua
Kuharap Allah
menyatukan kembali hati kita seperti dahulu .
Aku hanya mampu
berdoa kepada Allah semoga dilembutkn hati kami .
Ya Allah .. sesungguhnya
hati2 kami sgt terluka , kecewa yg amat sgt .
Sehinggakan kami
terpaksa membuang nama kamu dari hati kami .
Kami mohon maaf
kepadamu sahabat .
Kami juga rasa
sama seperti kamu ..
Kami bersedih
kerana terpaksa melupakan persahabatan suci yang pernah dibina dahulu .
Tapi kami rasa
tersangat kecewa dengan kelakuan kamu .
Mungkin kerana
kita semua belum cukup memahami diantara 1 sama lain .
Wahai sahabat ..
Kami bukan manusia
kejam hingga menghukum tanpa sebab .
Jauh disudut hati
kami telah lama memaafkan segalanya .
Kami berharap kamu
pun begitu jua .
Tapi hingga saat
ini kami masih tak memahami apakah kamu masih menghukum kami ?
Apakah kesalahan
kami .. Mungkinkah berlaku tanpa kami sedari ?
Atau mungkinkah
kerana keegoan kamu ? Bermacam persoalan timbul dibenak kami ..
Apakah kami juga
patut menghukum kamu ?
Bukan niat
memutuskn silaturahim .
Tapi sekadar
merawat kekecewaan dihati . Kami takkan lagi mendekati kamu .
Kami akan cuba lupakan
kamu .
Kerana bimbang
pisang akan berbuah dua kali .
Tetapi kami dah
lama memaafkan .
Kami dah halalkan
segalanya .
Segala penat
lelah, duit, budi tak menjadi soal .
Cuma kami mohon
kenanglah!!
Tolonglah.. Hanya
itu saja sahabatku .
Kami tidak minta
kau membalas.. membayar untuk semua yang telah kami lakukan dulu .
Tapi cukuplah jika
kau hargai .
Setiap pengorbanan
dari kami .
Walaupun
secebis itu sudah cukup .
Mungkin sehingga
kini kita masih tertanya2 ..
Apakah nilai
persahabatan yang telah kita bina dahulu ?
Adakah sekadar
sementara ?
Apakah tiada nilai
nya ?
Tapi yang aku pasti .. Semuanya pasti kecewa .