Rabu, 8 Januari 2014

Selamat Hari Lahir ....

Assalamualaikum Eeeebie ...

Selamat Hari Lahir Sayangku KAMARUDDIN BIN CHE DAUD ..

Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup serta sinar kebahagiaan buat SUAMIKU didunia dan diakhirat,
berkatilah serta rahmatilah hidup SUAMIKU,
panjangkan usianya dan perluaskan pintu rezekinya dan berikan suamiku kekuatan dan ketabahan yang diperlukannya dalam mengharungi setiap dugaan dibumi mu ini ..

Ku panjatkan doa untuk suamiku, kekasihku, sahabatku dan teman hidupku menjelang usianya 27 tahun .
Dia adalah anugerah terindah yang diberikan Allah kepada aku .
Tak disangka perkenalan yang biasa2 diawalnye, diakhiri dengan perkahwinan . 
Dia sebahagian tulang rusukku . Allah pertemukan kami dengan caraNya yang terindah . 
Terima kasih Ya Rabb kerana hadirkan dirinya didalam kehidupanku .

Dia memberikan keindahan dalam caranya yang besederhana, kesahajaan dan ketulusan cintanya . 
Dalam setiap ketegasannya masih ade kelembutan yang menyentuh hatiku . 
Dalam egonya masih kurasa kasih sayang yang sangat mendalam .
Dalam kekecewaan hidupnye masih digagahi untuk ketawa .
Dalam kesedihan hatinya, masih terpancar kegembiraan .
Dia adalah dia .. 

Insyaallah tidak akan kupersiakan dirinya .. Akan ku jaga maruahnya .. Akan ku bawa nama baiknya .
Cita-citaku serta azamku menjadi isteri yang solehah buat Suamiku .

Sayangku .. Aku tak mampu memberikan hadiah yang mewah2 untukmu . 
Hanya secebis doa kudusku untukmu sayang .. 
Semoga ikatan perkahwinan kite berkekalan hingga ke Jannah . 
Semoga Allah memberi kita peluang menjadi seorang ibu dan ayah <3 

Amin Ya Rabbal Alamin .