Isnin, 22 Julai 2013

Kite Hanya Mampu Berserah Tapi End Up Hanyalah Allah Yang Menentukan ...

Sejak aku tahu aku ade penyakit hypertyriodism ni aku makin tertekan . 
Ye la dah aku nak mengandung pun kene tunggu nasihat doktor . 
Selama tu la aku nak kene bersabar . Urmmm .. Oke la pape pun tanak bersedih sangat .
Hidup tetap kene teruskan . Aku berharap penyakit ni takkan terus membelenggu hidup aku . 

Ni aku ade info ringkas pasal penyakit hipertiriodisme dan hipotiriodisme . Bace je la tanak bace sudah .. Hehe ! 

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.
Dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
sakit tiroid
Gambar carian Google
Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Tanda-tanda tiroid dan cara merawatnya.
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme
Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Hipotiroidisme
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
  • bengkak kaki
  • ingatan terganggu
  • lembap
  • malas
  • kuat tidur
  • badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung
Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.
Jadi sekiranya anda rasa diri anda ada tanda-tanda atau simptom-simptom yang di atas, jangan tunggu-tunggu lagi untuk berjumpa doktor.