Isnin, 29 November 2010

Kak Liza


Ni akak aku yang kedua . Dye ni sangat la manje ... 
Asik2 nangis je kalau tak dapat balik pahang . 
Perangai macam budak2 .. Comel jee .
Aku sayang kau kak ja !
Semoga hidup kau bahagia aman damai selamanya :)


Sepanjang perkahwinan mereka, mereka dikurniakan 3orang cahaya mata yang tembam2 dan kurus2 .
Hehehe !


aNaK SuLoNg NyeR.....NuRuL HaZwaNi...^^.
Tembam kan dye ? Kuat makan !


MoHd AzRiL HaKiM
yang sorang nie plak kurus xsme ngn kaka dye...
rjin wt kije uma....n pemalu...ye ker? hahhaha....
pgl saje akim...


NuR AmiRa ArisYa
sangat comel sangat manje !
 mulut pulak cm mak minah .
membebel aje dye ! Hahaha ..
dax kecik nie kami pgl deq iera....

Anak Buah Ku Yang Sulung


Yang perempuan tu anak buah aku yang sulong . 
Aku paling rapat dengan dye . Semue cerite kalau boleh nak kongsi dengan dye .
No secret between the two of us tau !
Kami kan berbeze umur cume setahun je .
Dari kecik kami pakai baju warne same, belajar nak same2, mandi pun same2 . Hahahaha !
Dye ni sengal, gila n bengong .. aku sayang gile2 kat dye !


Hasil perkahwinan dorang dikurniakan seorang beby boy yang comel !

MUHAMMAD IZZ DANISH



Hehehe ! Comel kan .. Telinge ikut sangat ayah dye tu . 
Besela anak ayah ... Hohohoh !

Bace Je Leeeeerrrrr

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY

                                                                Daily treated to KOPI

                                                            Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birath a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.

Bicara Cinta

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, 
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang 
terunggul? 
Untuk mendapat cinta manusia yang 

tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia 
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya 
supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah 
ialah mencintai kerana Allah dan membenci 
kerana Allah Riwayat Ahmad .
Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, 
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri 
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu 
penyesalan sepanjang hayatnya.

Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya 
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara 
keduanya bagi melancarkan hubungan dan 
komunikasi mereka. Untuk saling memahami, 
seseorang perlu meluahkan rasa hati.

Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan 
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.
 Keintiman pasangan dilihat sejauh mana 
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah 
laku, hasrat dan keputusan antara mereka. 

Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan 
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling 
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab 
adalah antara petanda bahawa keintiman antara 
mereka semakin berkurangan.

Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat 
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau 
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud 
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap 
pasangan menyebabkan hilang keseronokan 
dalam perhubungan malah timbul kebosanan. 

Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. 
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, 
kerana mereka gemar meluahkan perasaan 
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, 
kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan 
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara 
petanda curiga serta ingin menguasai 
pasangannya. Cemburu biar kena pada 
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan 
alasan untuk membela antara satu sama lain. 
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha 
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang, 
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi 
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah 
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika 
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka 
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih 
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah 
sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari 
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi 
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami 
keikhlasan pasangan anda seadanya!